Monday, June 4, 2012

KISAH SEORANG KANAK-KANAK DAN SEBATANG POKOK EPAL





KANAK -KANAK

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

REMAJA

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

DEWASA

Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

MATANG & PUNYA CITA-CITA

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

DI MAMAH USIA

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di akarku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di akar pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
___________________________________________

MORAL dari kisah di atas ialah kasih sayang TANPA SYARAT dan pengorbanan AGUNG kedua ibu bapa terhadap anak-anaknya. 

Pokok epal dalam kisah ini adalah ibubapa kita. Mereka memberi segala2nya asalkan anak-anaknya membesar dengan segala kecukupan sempurna yang TERDAYA mereka sediakan tanpa berkira mengharapkan apa-apa balasan pun dari anak-anaknya. Cukuplah jika anak2nya membesar menjadi manusia yang sempurna dan berjaya.

Saturday, May 26, 2012

SEMINAR PENGURUSAN PRASEKOLAH BERKUALITI NEGERI PERAK 2012

          Pada 26/5/2012 bertempat di Hotel Perdana, Taiping Perak telah diadakan Seminar pengurusan Prasekolah berkualiti negeriPerak 2012. Acara yang meriah ini dihadiri oleh hampir 450  orang yang terdiri dari guru-guru prasekolah seluruh negeri Perak serta pegawai masing-masing. Acara yang penuh gemilang ini begitu seronok kerana masing-masing dapat bertemu rakan-rakan dari seluruh negeri Perak.

          Acara bertambah menarik lagi bila diadakan pameran hasil BBB guru-guru prasekolah dan juga hasil kerja dari murid-murid prasekolah sendiri.Gambar-gambar yang dirakamkan pada hari tersebut.............











     

Monday, May 21, 2012

Program khidmat bantu fail prasekolah

      Pada 21 Mei 2012, bertempat di SK. long Jaafar telah diadakan program kdidmat bantu fail sekolah Zon Kamunting .Seramai 25 orang guru dan ppm turut serta dalam program itu.  Tujuan program ini diadakan ialah untuk membantu  Prasekolah zon Kamunting memantapkan lagi pengurusan  fail prasekolah masing-masing.Banyak idea-idea yang baik disumbangkan  bagi memantapkan lagi pengurusan fail prasekolah ini.
      Selain dari itu guru dan ppm dapat berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi memandangkan masing-masing sibuk di sekolah sendiri.Idea ini nampaknya sungguh mendapat sambutan yang baik dari guru dan ppm yang hadir dan kemungkinan satu program yang lebih santai akan diadakan lanjutan dari program ini.
     Selepas ini diharap pengurusan fail prasekolah Zon Kamunting akan menjadi yang "terbaik". Sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan fail prasekolah bolehnya rujuk kepada pengerusi Zon Kamunting SK. Taman Jana.


SENARAI FAIL YANG PERLU ADA DI PRASEKOLAH.

1.FAIL JAWATANKUASA
A) TAKWIM
B)STRUKTUR ORGANISASI
C)BIODATA DAN MAKLUMAT GURU/PPM
D)JADUAL WAKTU KELAS DAN PERIBADI
E)MINIT MESYUARAT
F)PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DAN LAPORAN
G)KAJIAN PENGUASAAN MURID
H)SENARAI BUKU RUJUKAN
I)JADUAL PENCERAPAN
J)KEMAJUAN STAFF
K)PEKELILING

2.FAIL JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID

a.Carta organisasi
b.Senarai nama murid
c.Borang maklumat murid
d. Surat panggilan mensyuarat
e. Surat terima/tolak tawaran
f.  Minit mesyuarat jawataankuasa

3.FAIL JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN
a.Carta organisasi
b. Surat panggilan mesyuarat
c. Minit mesyaurat
d. Laporan aktiviti

4.REKOD PROFIL/PERKEMBANGAN MURID

a. salinan surat beranak
b. rekod kesihatan murid
c. Maklumat peribadi murid
d.Salinan kad pengenalan ibu bapa
e. Rekod kemajuan
f. Rekod pentaksiran
g. Data kajian
h. Contoh hasil kerja

5.STOK BARANG KERING DAN BASAH
6.FAIL MEJA GURU DAN PPM
7.REKOD KELUAR MASUK GURU DAN PPM
8.REKOD KELUAR MASUK MURID
9.REKOD ANEKDOT
10.BUKU LAWATAN
11. FAIL SURAT KELUAR MASUK











     Gambar sekitar program dijalankan.................

Jom pergi zoo............

     Pada 19 April 2012 Prasekolah SK. Long Jaafar , telah mengadakan lawatan bersama-sama prasekolah Zon Kamunting. Sebanyak 4 buah sekolah telah menyertai lawatan bersama itu. Antaranya SK.Long Jaafar (2 kelas), SK. Taman Jana (2 kelas), SJKT. Kamunting (1 kelas) dan SK. Kamunting (3 kelas).Lebih kurang 200 orang murid turut serta dalam lawatan tersebut bersama guru-guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) sekolah masing-masing.
     Pada pukul 8.30 pagi murid berkumpul di dataran ZooTaiping untuk taklimat dan seterusnya acara pertandingan mewarna.Setelah selesai acara mewarna masing-masing sekolah akan berkumpul untuk membawa murid-murid melihat sekitar zoo dengan menaiki keretapi..........seronok sekali.......

    Acara penyampaian hadiah di adakan di Dataran yang disediakan  di dalam kawasan zoo. Disamping melihat    kehidupan haiwan-haiwan ini murid-murid juga seronok mendapat hadiah yang disediakan. Cikgu..........bulan depan "jom datang lagi"..................hehehehe.......

   Jom tengok aksi-aksi mereka.............