Friday, August 5, 2011

Jom Kenali Bunga Kebangsaan Kita^_____^

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Bunga raya dipilih sebagai bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Bunganya merah, besar, keras dan tidak berbau.

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

No comments:

Post a Comment